Membuat dan menilai karya seni adalah dua
perkaitan yang memerlukan encouragement. Hubungan-hubungan langsung atau tidak
di antaranya memberikan justifikasi kepada persoalan di sekitar karya. Pembuat
karya memerlukan penilai dan begitu juga sebaliknya.
Namun, lanjutan dari kedua-dua gerak kerja
terbabit telah berada di dua lingkaran yang berbeza berdasarkan kepada
tentangan wacana dan akroni. Ironinya, kedua-dua gerak karja adalah satu
hakikat tetapi memiliki dua unsur yang sebetulnya saling melengkapi. Orang yang
ahli (seni) sewajarnya menolak sebarang bentuk kitsch yang menonjolkan
kemutlakan abadi melalui logosentrisme seni.
Melalui Pameran X'panded X'pressions, gerak kerja yang dinyatakan tadi telah
berlaku. Secara peribadi, gerak kerja tersebut telah mewujudkan sebuah
sinkretisme harmonis. Karya-karya yang dicipta di dalam atau di luar studio
yang mengalami pembauran proses yang pelbagai dari sudut idea, pemikiran,
fizikal dan emosi, kini dilepaskan ke khalayak.
Hampir semua unsur karya diyakini telah
mengalami proses timbangtara yang bukan sedikit. Kajian-kajian pasti telah
dilakukan dengan baik, begitu juga aspek teori yang telah dikunyah-hadam oleh
setiap pengkarya terbabit. Ditambah dengan sokongan rujukan karya dan ilmu
bantu yang berkaitan. Dan apabila karya siap, tanggungjawab pengkarya
sebahagiannya telah berakhir.
Karua-karya yang terhasil dari kursus Seni
Elektronik Lanjutan dan Media Lanjutan ini mencapai satu 'penanda' yang unik
dalam konteks pembelajaran seni halus di Malaysia. Karya-karya ini telah
merentas ruang pandangan dan pemikiran yang konvensional; mencabar ideologi
lapuk modenisme, menggugat keutuhan estetika klasik dan menyoal kembali nilai
seni yang dianggap mutlak. Kondisi ini pada hemat saya tidak bersifat
heterogen, bahkan ia mengusulkan sebuah akulturasi. Jika wujud keadaan homogen,
maka persoalan ini telah berpusat kepada 'tanggungjawab masyarakat kepada seni
dan seniman'.
Secara akademik, kursus-kursus tadi telah
kekal dari bingkai estetik yang lama dalam asas pembelajaran seni gaya Bahaus.
Penghasilan karya seni yang di luar jangkaan seperti faktor X dan sebagainya
telah digalakkan. Dalam konteks seni lukis moden moden Malaysia, keadaan ini
tidaklah mengejutkan. Bermula dengan Pameran Towards A Mystical Reality
oleh Redza Piyadasa dan Sulaiman Esa, kecenderungan untuk mencari alternatif
estetik yang baru telah menjelma. Keadaan ini boleh disebut sebagai suatu avant-garde
dalam situasi seni Malaysia melalui karya-karya hard-edge, conceptual,
op-art dan minimal oleh Ruzaika Omar, Jolly Koh, Choong Kam Kow, Tang Tuck
Kang, Tajuddin Ismail, Tan Teong Eng dan yang lain-lain. Lanjutannya lebih
meradang dengan persembahan happening selama seminggu di kampus ITM,
Jalan Othman Petaling Jaya oleh Redza Piyadasa dan Sulaiman Esa dengan sebuah
jaring besar (pukat) diikat kuat di dalam kampus bagi membolehkan warga kampus
memberi reaksi mereka (termasuk membuang bertan-tan sampah).
Reaksi dari Kumpulan Anak Alam juga turut
kuat dengan pemuka seperti Abdul Ghaffar Ibrahim (AGI), Latiff Mohidin dan Siti
Zainon. Kumpulan ini gemar bereksperimen dengan gabungan Seni Halus, Sastera
dan Teater. Mereka pernah membuat persembahan, AGI membaca sajak 3Vnya sambil
Latiff Mohidin membuat interpretasi melalui gaya lakonan dan tarian improvisasi
(dengan kostum). Kesinambungan seterusnya dilakukan oleh kumpulan-kumpulan
teater di sekitar Kuala Lumpur sehingga awal tahun 1990an. Begitu juga dengan
penggunaan media elektronik yang telah dirintis oleh Kamaruzzaman Mohd. Isa
sejak 17 tahun yang lalu.
Seperti yang telah dijelaskan sebelumnya,
menghadapi karya-karya yang keluar dari kerangka modenidme (kebiasaannya yang
bercirikan pascamoden) adalah suatu keluarbiasaan di sudut apresiasi.
Keluarbiasaan ini timbul dari cabaran-cabaran dogma yang lama melekat.
Dalam beberapa hal, intipati modul
kritikan dari pengkritik mapantelah saya gunakan di sini (termasuk dari bidang
teater dan sastera). Namun kalau terjadi intentional fallacy (kekeliruan
tujuan) ia mungkin terjadi di sana sini, namun saya cuba untuk memastikan ia
tidak bersifat kosmetik atau retrogresif. 'Percubaan' harus dimulakan dan
dibuat, bukan hanya 'artifak' yang disimpan dan dipuja-puja. Dalam pergelutan
fikiran, pascamoden pun bermula.....
Umumnya kurang 20 karya telah dipamerkan
dalam pelbagai kaedah dan corak persembahan. Dari gaya minimalis, seni
pemasangan, seni persembahan, site specific installation, seni video dan juga
yang menggunakan kaedah interaktif.
Iziady Isa (I, II, III) telah melakukan sebuah seni persembahan ala ketenteraan
sebagai manifestasinya terhadap konflik kuasa dan perperangan; musibah dan
bencana yang mungkin terjadi. Melalui Toffler dan berberapa teori perperangan,
karya ini mula digagaskan. Interaksi oleh pelakon-pelakon yang menembak beliau
adalah metafora yang ironis seolah-olah kita gembira dengan perperangan.
Metonomi telah terjadi di sini. Selalunya kita menyebut sesuatu untuk merujuk
kepada yang lain contohnya padang; merujuk kepada permainan. Asas struktulis
ini kadangkala dapat menyediakan asas apresiasi. Sebuah 'tanda' - jaket perang,
belon, bom asap dan pistol dapat menyediakan sebuah rangka rujuk urutan
horizontal, contohnya skrit-blaus-jaket. Lanjutannya berasaskan parole
(gabungan urutan). Kecualilah anda ada penyakit aphaesia, teori ini
tidak boleh digunakan. Kita memerlukan konteks yang berorientasikan khalayak
untuk melanjutkan metonomi bacaan. Iziady mahu bercerita tentang perperangan
tetapi mengapa ada papan dat dan belon ? Inilah metonimimnya; hubungan dua
konteks dalam satu rantaian apresiasi. Metonimi sebenarnya lebih kontras
dariada metafora dan elemen-elemen yang bertindak membina kultus dan kefahaman
khalayak.
Sejajar dengan karya Goe Tunggal, Modiana
Koliew dan Nurlidiana, metonim menunjukkan bahawa 'konteks adalah segalanya'.
Dalam filem, hubungan seks digambarkan dengan roket dan gelombang lautan atau
hentakan batu untuk menamam konkrit bangunan. Karya Goe mempunyai kecenderungan
Post-Struktulis yang melihat sesuatu itu sebagai anti-jagoan atau komik.
'Memecah' dalam konteks teori pascamoden selalu dirujuk kepada Derrida. Tiada
siapa yang mutlak. Demua boleh dirombak.
Asas dekonstruksi Derrida adalah canggih
sebenarnya. Beliau mempersoalkan asas falsafah metafizika barat yang bersifat
'struktur' dan 'pusat'. Dan hal ini jelas ditonjolkan oleh Goe. Dia kurang
percaya lagi kepada suatu ideologi ketat (mutlak). Ideologi sering mengadakan
sempadan ketat di antara apa yang diterima dan dan tidak, diri dan bukan diri,
kebenaran dan kepalsuan, munasabah dan karut, taakul dan kegilaan, pusat dan
pinggiran, zahir dan batin (T. Eangleton: 1983). Hal ini digemari oleh
strukturalis demi memudahkan struktur kritikannya. Namun dekonstruksi tidak
mempercayainya dan membiarkan sifat keadaan itu terpendam lalu dibongkar
semuanya sekali dan menangkap sesesuatu yang mengganggu (dalam karya) secara
paling nekad dan radikal sehingga menjadi paradoks paling ekstrem dalam karya.
Goe menyoal nuansa-nuansa masyarakatnya;
Melanau, tentang patung-patung Dakan @ Belum yang boleh mengubati penyakit.
Adakah ia berkesan Goe membuat dekonstruksi kerana dia percaya ia adalah karut
dan perlu dimusnahkan.
Tindakannya drastik. Metaforanya
botol-botol (ironisnya botol PEPSI) yang mengandungi tangkal azimat yang
dilastik pada satu jarak sehingga pecah berderai. Persembahan itu meyakinkan
Secara falsafahnya dia menyingkirkan metafizikal walaupun mungkin sedikit.
Metafizik menuntut pusat dan struktur demi menjamin 'kehadiran sesuatu', lalu
menyisihkan apa yang berada di luar pusat. Dalam hal Goe dan tentangan kaumnya;
mesti buat ini dan janganbuat itu (struktur dan hierarki). Namun dia merombak
secara radikal tanpa pertimbangan buruk baik, hitam putihnya. Dia menggunakan
nilainya sendiri yang dahulunya mungkin disisihkan (dipantangkan) lalu nilai
yang kecil ini dapat membongkar/merombak seluruh sistem yang wujud dan
mempersendakannya pula dengan mengenal titik 'aporia' atau kebuntuan makna.
Inilah asas pemikiran Derrida dan asas dekonstruksinya.
Tindakan yang sama juga berlaku pada
persembahan Modiana dengan memecahkan instalsi belon-belon yang dilukiskan
dengan motif pribumi. Situasi ini ini menegaskan kehilangan konsistensi dan
membuakkan sikap kritis. Sikap kritis yang mendedahkan 'kontradiksi' dan
keraguan-keraguan'. Keadaan ini dijelaskan oleh G. Hartiman - seorang ahli
dekonstruksi Amerika (pengikut Derrida dan De Man). Dia melihat dekonstruksi
derada dalam sen dan bukat alat kritikan.
Secara mudahnya karya-karya dalam pameran
ini boleh dipecahkan kepada dua kecenderungan iaitu bersikap/bersifat
strukturalis dan pascastrukturalis. Sikap strukturalis adalah struktur dalam
bentuk kod yang wujud dalam idea dan dikaryakan. Keadaan ini menyerlahkan
keluarbiasaan karya (secara bandingan dengan golongan formalis estetik).
Intinya adalah keghairahan (ilmu) untuk menemukan kod, hukum dan sistem yang
menjadi dasar semua tindakan sosial manusia (Raman Selden:1986). Arkeologi dan
geologi sering dijadikan model usaha strukturalis.
Karya Ismail Taril dengan taktik formalis
secara instalasi menemukan hal terbabit. Begitu juga karya Karim Redzuan dengan
instalasi payung (mengingatkan saya pada Christro) yang setinggi lebih kurang
15 kaki dan selebar 10 kaki. Karya Tinggang dan Doreen adalah senada dalam
aspek tindakbalas minda sebagai lanjutan minimal ke atas situasi budaya dan
sosiol masyarakat. Sementara taktik Nurlydiana dan Lily berpotensi untuk
digemakan lagi. Dari pembacaan teras budaya pascamoden, karya mereka memiliki
'penanda' yang kuat. Mereka menyirat ironi, deteritorialisasi, deferansi dan
menyungguhkan piknolepsi. Begitu juga Zainal Isa dengan rombakan kolaj
ikon-ikon P.Ramlee. Sistem-sistem kod gramatologi berkisar di sana sini. Namun,
sejauh mana kesannya ke atas rombakan imej sukar dijangka.
Mazni pula bermetafora dengan alam sekitar
dan menjadikan buah dan ulat sebagai subjeknya. Beliau juga romantis dengan
karyanya. Apabila karya itu dipasangkan di atas padang pada waktu malam sambil
dinyalakan lilin di dalam buah-buah tersebut, frekuensi romantis kadang kala
sesuai untuk situasi 'tak terduga tenaganya' (hubungan alam dan manusia). Namun
takat tepu dan faktor persekitaran kadangkala dapat meletakkan unsur emosi kena
pada tempatnya. Seperti juga bernostalgia, apabila kenangan lama tumbuh sambil
kita berada pada jarak masa yang relatif berbeza, ia menawarkan kawasan idea
yang subur.
Mungkin hal ini yang mengganggu Ariffin
dengan karya instalasi permainan kanak-kanak lama yang diperjelaskan denga grid
dan ikon tanah. Ianya aalah strukturalis pekat. Dia ingin menguasai keadaan
secara keras dan berstruktur. Dia juga mencabar idiom yang mengekang
lingkungannya. Ada yang dituruti dan ada yang tidak-mengkut naluri semasa. Hal
ini mungkin berteraskan faktor nilai yang relatifnya berbeza-beza. Soal adat
dan pantang larang. Adakah akan terus dipertahankan ? Atau boleh diamalkan
sambil lewa ? Adakah wajar dipertahankan ? Sampai bila ?
Yang merasa mungkin tidak sama dengan yang
mengalami. Jika dibicarakan secara kejiwaan, mungkin itulah kesannya pada karya
Hasrul. Karyanya melankolik dan digesa oleh rangupnya unsur semiotik yang
distrukturkan. Seperti gaya seniman Fluxus; bersama sebuah kamera video, TV dan
cawan-cawan plastik. Dia mungkin sedar tentang kehadiran realiti (ruang dan
masa) dan suasana mistik. Namun, sejauh mana pula keras dan pejalnya idea itu
dibentuk dapat dilihat pada potensi ruang persembahannya dan konsistensinya
pada idea sendiri. Sebuah ruang yang rumit dan payah.
Dan safri pula berlegar pada asas
pemikiran Barthes dan Kristera tentang nilai sosial, pengalaman dan budaya
dalam kancah teks. Digomel, disendat, diselit dan dibina. Dari sebuah lanjutan
garis dan lukisan. Menuju teks dan pemutusan. Sebuah Interteks.
{ 0 komentar... read them below or add one }
Posting Komentar